Kebakaran Rmh Ank Yatim SgP'chala1
Api mancis dipercayai punca kebakaran
Harian Metro 25 Okt 2008
KUALA LUMPUR: Kebakaran yang menyebabkan dua kanak-kanak rentung di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam kelmarin dipercayai berpunca daripada api mancis yang dinyalakan penghuni rumah teres dua tingkat terbabit.
Bagaimanapun, Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Anuar Haron, berkata punca kebakaran itu hanya andaian awal berdasarkan cakap-cakap penduduk di sekitar tempat kejadian.
Bomba akan menyiasat kejadian dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan berlaku litar pintas. Kita sudah ambil keterangan daripada saksi untuk membantu siasatan.
Anuar berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kejadian membabitkan dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun terkorban dalam kebakaran dipercayai ketika mereka nyenyak tidur.
Mangsa, Fairus Rahimey Adam, 6, dan Muhammad Umam Hasan, 4, dikatakan sedang tidur ketika kebakaran.
Difahamkan, lantai tingkat atas asrama yang diperbuat daripada kayu itu runtuh selepas dijilat api menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan terperangkap dalam kepulan asap sehingga menyukarkan mereka menyelamatkan diri.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba terbaring berhampiran antara satu sama lain di sebelah tingkap berhampiran pintu keluar rumah itu kira-kira jam 12 tengah malam.
Rumah dua tingkat yang dijadikan asrama anak yatim dan fakir miskin itu didiami 53 penghuni terdiri kanak-kanak lelaki berusia antara enam hingga 12 tahun, selain lima keluarga penjaga pusat berkenaan yang tinggal di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata tiada unsur jenayah menyebabkan kematian kedua-dua kanak terbabit, berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.
Terjerlus lantai terbakar
Oleh Hadzlihady Hassan dan Iskandar Shah Mohamed
am@hmetro.com.my 24 Okt 2008
KUALA LUMPUR: Menyayatkan hati apabila dua kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di empat rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama pusat jagaan anak yatim dan fakir miskin di Sungai Penchala di sini, malam tadi.
Bapa mangsa, Adam Ismail, 48, berkata ketika kejadian dia di rumah sepupunya berhampiran asrama itu kerana urusan tertentu.
Dalam perjalanan pulang, saya tersentak apabila ternampak api marak dan beberapa jentera bomba sedang memadamkan kebakaran di kawasan rumah.
Keadaan amat kelam-kabut apabila semua penghuni bertempiaran lari menyelamatkan diri dan saya kemudian teringatkan anak ke-11 kami yang sedang tidur di tingkat atas, katanya yang turut bertugas sebagai penjaga di rumah terbabit.
Menurutnya, dia agak panik dan hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana tidak dapat masuk ke rumah berikutan api sedang marak.
Saya lihat isteri sibuk menyelamatkan anak kami yang lain dan hanya menyedari dia (Fairus) tiada di tempat kami berkumpul di kawasan lapang di hadapan rumah, katanya yang mempunyai 12 anak.
Dalam kebakaran itu, tingkat atas keempat-empat rumah itu hangus dijilat api.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Anuar Haron, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.36 malam.
Sebanyak enam jentera bergegas ke lokasi kejadian dan api dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran rumah berkenaan, katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Channel: Nonprofits & Activism
Uploaded: November 30, 1999 at 12:00 am
Author: Yiesblack
Length: 08:50
Rating: 5.00
Views: 805
Tags: Anak dangdut Fakir Kami kanak-kanah Keadilan Kebakaran Malay Melayu metal Miskin Pas Penchala PKR pop Rakyat rentung rock Rumah Sg Sungai UMNO Yatim
Video Comments
|
prettylady71 (November 30, 1999 at 12:00 am)
Semoga kanak-kanak yang telah kembali ke rahmatullah di tempatkan di Al-Firdaus...Amin
Yiesblack (November 30, 1999 at 12:00 am)
Salam..Sama2 kita hulurkan bantuan!! |
|